Alam lestari hanya menjadi satu kenyataan yang impian

Alam sekitar merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai
harganya kepada manusia , bintang dan segala benda hidup. Tetapi zaman
sekarang, alam sekitar terus dimusnahkan oleh manusia kerana kurang kesedaran
terhadap kepentingan melestarikan alam sekitar. Bumi yang lestari hanya menjadi
satu kenyataan yang impian pada suatu ketika nanti kerana kerakusan manusia
mengeksplostasi alam sekitar demi pembangunan negara dari segi menjadikan satu
negara yang terknologi dan moden.

 

            Sikap
manusia yang menjadi atau keinginan untuk hidup mewah adalah punca utama bagi
memusnahkan alam sekitar. Hutan diumumkan sebagai paru-paru kepada bumi. Sikap
kemewahan manusia dari segi untuk mendapatkan perabot yang nilai tinggi ,
bangunan yang besar adalah punca-punca untuk menebang hutan , kayu balak serta
memusnahkan hutan. Hutan adalah tempat perlindungan bagi binatang dan hidupan
liar. Kemusnahan hutan mengakibatkan hidupan liar di hutan menghijrah ke bandar
dan tempat tinggal manusia. Ini menyebabkan , gangguan kepada manusia untuk
meneruskan hidupan harian. Satu kajian diterbitkan di dalam jurnal Nature pada
tahun 2015 dan kajian ini telah dilakukan oleh Universiti Yale di Amerika
mengatakan data satelit remote sensing telah menganggarkan bahawa muka bumi ini
telah memiliki 3.04 trillion batang pokok dan telah ditebang secara rakusnya
sejak zaman ketamadunan manusia. Pada masa kini, hutan hutan semakin mengecil
dari setahun ke setahun kerana desakan keperluan pembangunan bagi memenuhi
keperluan manusia. Kemusnahan alam sekitar menyebabkan generasi akan datang
tidak mengenali akan keindahan alam sekitar.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Selain itu, mengeksploitasi alam sekitar menyebabkan
berlaku pemanasan global dan suhu dunia naik. Manusia tidak memikirkan kesan
penerokkkan hutan untuk mengeksploitasi alam sekitar untuk jangka masa panjang.
Pemanasan global mengakibatkan menjejaskan kesihantan manusia. Daripada kajian
yang dilakukan oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) , mengatakan
perubahan  iklim yang terjadi sejak
1970-an telah menyebabkan 150 ribu kematian setahun akibat peningkatan kejadian
penyakit. Tumbuhan hijau adalah perkara yang penting dalam ekosistem.
Keseimbangan ekosistem terganggu kerana kegiatan manusia yang pembangunan dan
pemodenan alam sekitar. Akitivi manusia yang membawa kesan buruk terhadap alam
sekitar adalah pembakaran bahan api fosil menyebabkan kesan rumah hijau ,
penggunaan baja berlelebihan dalam pertanian menyumbang pencemaran air,  pembuangan bahan buangan domestik menyumbang
pencemaran udara dan penyakhutanan menyebabkan hakisan tanah dan tanah runtuh
dan sebagainya. Ini menunjukkan kelemahan dalam merancang pembangunan serta
ketidak-cekepan dalam pengurusan ini telah memusnahkan banyak spesis dan flora
dan fauna disamping menggangu keseimbangan ekosistem.

            Tambahan
pula, sikap manusia yang memetingkan diri memainkan peranan penting dalam hal
ini. Terutama , golongan pemaju perumahan dan bangunan merupakan penyumbang
kepada pencemaran alam sekitar. Mereka hanya mementingkan diri sanggup mengaut
keuntungan sehingga menjejaskan kelestarian bumi. Penerokkan hutan yang tidak
terkawal dan tidak rancang faktor utama untuk masalah ini. Tindakan ini
menyebabkan reka bentuk perbandaran yang tidak bersistematik akan menyumbang
kepada banjir kilat dan tanah runtuh di sesuatu kawasan. Selain itu, sikap
manusia sendiri yang tidak bertanggungjawab merupakan penyumbang kepada
pencemaran alam sekitar. Contoh, golongan masyarakat yang menjadikan sungai
atau longkang sebagai tempat untuk membuang sampah sarap. Hal ini, bertambah
buruk apabila kawasan perindustrian membuang sisa toksik dari kilang ke dalam
sungai. Tindakan ini memusnahkan menjejaskan hidupan akuatik di dalam sungai
dan laut kerana mengandungi bahan kimia yang bahaya.

 

Kesimpulannya, semua pihak perlu memandangkan
serius dalam mengeksploitasi alam sekitar untuk menjadikan bumi yang lestari.
Tindakan-tindakan yang bijak dan merancang serta kecekapan perlu diambil dengan
segera untuk menegani masalah. Dan pastikan , kerajaan dan pihak berkuasa perlu
mengambil langkah atau tindakan sewajarnya terhadap golongan yang terlibat
dalam kegiatan penebangan hutan dan kegiatan yang mengugut kelestarian alam
sekitar. Sekiranya, masalah ini dapat dikawal dengan berkesan, masyarakat akan
hidup dalam sihat dan sejahtera. Oleh itu, semua pihak haruslah bersatu hati
mengambil langkah memelihara dan memulihara alam sekitar agar dapat dikekalkan
keindahanya dan merasai bumi yang lestari