Laungan yang hendak dibentuk dan ditadbir, kita memerlukan

Laungan pemimpin negara
kita untuk transformasi ke arah lebih gemilang sering diperhebahkan semua
medium. Dari hari ke sehari kita tidak lekang daripada mendengar aspek
transformasi ini. berbekalkan transformasi yang dilaungkan, kita seharusnya
lebih peka dan tidak alpa dalam merealisasikannya. Aspek transformasi perlu
diperkukuhkan dan dipersiapkan dengan elemen-elemen yang tertentu.

 

            Rentetan
daripada itu, transformasi dalam komunikasi seiring perubahan arus perdana
boleh dijadikan satu medium untuk sesebuah organisasi mengaplikasikan dalam
bentuk pengurusan yang berkesan dalam perkhidmatan yang dijalankan. Jika
organisasi yang hendak dibentuk dan ditadbir, kita memerlukan pemimpin yang
berwibawa, berdisiplin, bertoleransi, bermurah hati dan berkonsisten. Oleh hal
demikian, kepimpinan merupakan aspek yang paling penting yang perlu dibentuk
bagi melicinkan proses keberkesanan sesebuah organisasi.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

            Dengan
konteks demikian, untuk membentuk transformasi kepimpinan yang berjaya kita
perlulah menjadi seorang pemimpin yang berkomited serta mempunyai strategi dan
kaedah-kaedah yang konkrit dalam memimpin dengan cara yang paling berkesan. Oleh
hal demikian, bagi membentuk manusia yang seimbang dalam menghadapi kesan
globalisasi kita memerlukan kepimpinan yang sesuai dengan keperluan semasa.

 

            Mengikut
Autry (2001) kepimpinan bukannya untuk mengawal seseorang tetapi ia adalah
mengenai perkongsian idea dan sokongan antara satu sama lain untuk keguanan
semua orang dalam memudahkan sesuatu tugas. Mereka ini bersatu antara satu sama
lain dan berkonsi minat serta saling mempercayai untuk mencapai matlamat dan
keperluan organisasi. Faridah, Azmi dan Ishak (2002) telah menjelaskan bahawa
dalam kehidupan manusia, pemimpin diperlukan untuk memimpin dalam apa jua
bidang aktiviti. Tanpa pemimpin agak sukar bagi sesuatu kumpulan atau sesebuah
organisasi untuk menentukan hala tuju dalam mencapai matlamat masing-masing.
Pemimpin pula bertanggungjawab untuk membawa kejayaan organisasi atau kumpulan
yang dipimpinnya.

 

Pemimpin merupakan
nadi dalam setiap pembangunan dan peningkatan dalam sesebuah organisasi sama
ada organisasi kecil ataupun yang besar. Pemimpin mrupakan orang yang paling
penting dan menjadi tunggak utama dalam menerajui sesebuah organisasi.
Keperluan pemimpin perlu diiringi dengan stail komunikasi yang tertentu bagi melangsungkan
keberkesanan dalam organisasi. Stail kepimpinan seseorang pemimpin banyak
memainkan peranan dalam menentukan aspek kejayaan sesebuah organisasi.
Seandainya pemimpin mengamalkan kepimpinan yang berkesan, seluruh organisasi
akan mengecapi kejayaan dan para pengikut pula akan gembira dengan tugas mereka.

 

            Menurut Ishak
(2006) kepimpinan adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam
hubungan interpersonal. Pemimpin yang mengamalkan pendekatan yang baik akan
mewujudkan hubungan interpersonal yang baik dengan pengikutnya. Hubungan
interpersonal antara pemimpin dengan pengikut yang amat penting dalam
organisasi kerja. Setiap organisasi inginkan matlamatnya tercapai. Ini tidak
akan berlaku jika hubungan antara pemimpin organisasi dengan pekerja sering
bermasalah, menyebabkan pekerja tidak dapat menerima kehadiran pemimpin dan
sering bertingkah laku yang boleh merugikan organisasi. Tanpa sokongan mantap
daripada komuniti kepimpinan yang terdapat pada persekitaran sekolah, pengetua
mungkin  kurang berkesan dan akan
tersepit antara permasalahan, cabaran dan kebuntuan bagi menjana kepercayaan
dan keyakinan guru untuk meningkatkan taat setia terhadap peraturan, motivasi
dan komitmen.  Kepimpinan merupakan
proses abstrak hasil interaksi antara dua pihak, iaitu pemimpin dengan pengikut.

 

            Menurut Wan Abd Aziz (2008)
komunikasi kepimpinan yang berasaskan kepada orientasi komunikasi akan
meningkatkan amalan empowermen terhadap pekerja bawahan dan seterusnya
mningkatkan lagi motivasi dalam kalangan mereka. Dalam prospektif lain,
mengikut pandangan Jazmi (2009) dalam era maklumat yang mencabar ini, kita
amat memerlukan pemimpin sekolah yang berkaliber untuk memimpin sekolah ke arah
kejayaan dan kecemerlangan. Pemimpin sekolah bukan semata-mata menjadi seorang
pengurus tetapi juga sebagai seorang pemimpin yang berwawasan, berkarisma,
berkemampuan, merangsang intelek, bermotivasi inspirasi dan bertimbang rasa
secara individu.

 

            Sebagai pemimpin yang berhasrat
untuk membangunkan belia lain ke arah modal insan terbilang serta bercita-cita
untuk mendapat kejayaan serta keberkatan di dunia dan akhirat, maka mereka
perlulah melaksanakan tujuh tanggungjawab pendidikan, iaitu pendidikan
keimanan, moral, jasmani, mental, rohani, sosial dan peradaban.

 

            Dari konteks Islam pula, Ismail
(2003) telah mengemukakan pandangan Al-Farabi dengan menyenaraikan 12 sifat atau
tingkahlaku yang mesti dimiliki oleh pemimpin Islam untuk rnencapai kesempumaan
kepimpinan:

 

1.           
Sempurna
tubuh badan dan bertenaga atau berkemampuan supaya dia dapat menjalankan
tugasnya dengan mudah.

2.           
Baik
kefahamannya serta dapat menggambarkan setiap sesuatu yang dilafazkan atau
diucapkan serta tahu apa yang harus dibuat.

3.           
Baik
hafalan (ingatan) tentang sesuatu yang dia telah faham, lihat, dengar atau
dapat, dia juga bukanlah orang yang pelupa.

4.           
Bijaksana
dan cerdik bila mendengar sesuatu. Hanya dengan reaksi sahaja dia boleh
memahami sesuatu perkara.

5.           
Dapat
membuat penjelasan atau huraian yang jelas berhubung sesuatu ibarat.

6.           
Sangat suka atau berminat dengan ilmu pengetahuan. Senang
menerima ilmu, tidak rnerasa penat dalam menimba ilmu pengetahuan.

7.           
Tidak bersikap buruk, lebih-lebih lagi dalam hal tentang
makan minum dan hubungan peribadi dan menjauhkan diri daripada permainan yang
hanya untuk bersukaan.

8.           
Memiliki sifat cintakan kebenaran dan orang yang
bersifatkan kebenaran. Bencikan pembohongan serta
orang-orang yang bersifat demikian.

 

 

            Nor Hazlin (2004) telah membuat
kesimpulan bahawa komitmen pekerja boleh ditingkatkan jika pemimpin atau
penyelia mempunyai atau menunjukkan ciri-ciri seperti bersemangat tinggi,
berdisiplin, bertanggungjawab dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai
kejayaan. Dengan hal demikian, ini pekerja akan merasa sukar untuk
membelakangkan organisasi mereka dalam sebaamg tindakan yang diambil demi
menjaga imej organisasi. Mereka sanggup bekerja bersungguh-sungguh untuk
mencapai matlamat organisasi. Pada suatu ketika pemimpin adalah seorang yang
brtanggungjawwab dalam mengawal, merancang dan memeriksa keseluruhan organisasi
dan dalam masa sama pemimpin juga adalah seorang yang memberi motivasi serta
ilham (inspire) kepada orang lain,
membentuk (foster) sikap positif
semasa bekerja dan membina sikap ingin menyumbang dan kepentingan bersama dalam
kalangan pekerja.

 

Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM) adalah sebuah cawangan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Sebagai sebuah organisasi ketenteraan, TLDM tidak lari dari kenyataan Hendri
Fayol yang menklasifikasikan organisasinya sebagai klasikal atau tradisional.
Ini jelas ditunjukkan dengan struktur organisasi TLDM yang mempunyai kawalan
pengurusan yang tinggi, mempunyai prosedur yang standard, keseragaman polisi,
pangkat dan kedudukan yang spesifik, tahap biokrasi dan struktur komunikasi
organisasi yang tinggi. Aset-asetnya terikat dengan kawalan dan koordinasi yang
kukuh. Bagi organisasi sedemikian adalah berlakunya kekurangan fleksebilti
dalam menghadapi perubahan di mana fleksibiliti adalah menjadi perkara utama
dalam menentukan survival sesebuah organisasi ( Andrews & Herschel, 1996).

 

            TLDM
telah wujud sejak tahun 1938 dan mengikut kajian Ariff(2000) telah menyatakan
bahawa TLDM masih tidak berlaku banyak perubahan dari segi struktur
organisasinya. Sebagai sebuah organisasi yang menjadi inspirasi kepada Negara
Malaysia, TLDM dilihat sebagi organisasi yang mengikut piawaian yang telah
ditentukan. Walaupun TLDM berkembang pesat sejajar dengan kehendak semasa,
namun perubahan nilai dan gaya sumber manusia tidak begitu banyak berubah
khususnya dikaitkan dengan komunikasi dan pengurusan.

 

            Dari
aspek sumber manusia, terdapat 3 tahap atau peringkat di dalam TLDM yang
terdiri daripada Pegawai yang berpangkat antara Leftenan Muda (Lt M) hingga
kepada Laksamana, Bintara bagi mereka yang berpangkat antara Bintara Muda (BM)
hingga Pegawai Waren 1 (PW I) dan anggota dari Lasykar Muda (LM) hingga Lasykar
Kanan (LK). Rangkaian ketua dan pekerja bagi organisasi TLDM adalah merangkumi
perhubungan antara Pegawai dengan Bintara, Pegawai dengan Lasykar dan antara
Bintara dengan Lasykar dan juga sesama pangkat tetapi berlainan kekanannya.
Tradisi TLDM yang banyak berasaskan tradisi Tentera Laut British adalah
mengasingkan Pegawai, Bintara dan anggota lain-lain pangkat mengikut mes
masing-masing. Tradisi ini menyebabkan aspek komunikasi dan pengurusan menjadi
lebih ‘supportive’. Pegangan TLDM
menentapkan bahawa pergaulan antara pegawai dengan anggota bawahan perlu
dihadkan kecuali semasa majlis keramaian sosial, acara sukan dan perbincangan
menyebabkan halangan berkomunikasi dan berurusan semakin sulit.

 

            Organisasi
merupakan agen yang penting dalam menggerakkan ekonomi dan keutuhanan sesebuah
Negara. Di dalam organisasi pula, pemimpin merupakan peneraju yang utama untuk
merealisasikan matlamat dan mencapai visi serta misi yang ditetapkan. Pemimpin
juga merupakan nadi dalam sesebuah organisasi yang akan mentadbir selama mana
organisasi itu ditubuhkan. Oleh hal demikian, stail kepimpinan yang berkesan
yang perlu ada pada setiap pemimpin sangat penting dan menjadi agenda penting
bagi diperlihatkan kepada para pekerja dalam organisasi. Komitmen para pekerja
bergantung kepada bagaimana stail kepimpinan seorang pemimpin lakukannya.

 

            Sehingga kini agak sedikit kajian
mengenai stail kepimpinan yang mempengaruhi pencapaian komitmen anggota di
TLDM. Hal ini telah dijelaskan oleh Mohd Ariff(2002) yang menyatakan tiada
sebarang kajian dibuat mengenai amalan komunikasi terhadap hubungan pencapaian
perlaksanaan tugas anggota TLDM 
sepanjang tempoh TLDM diwujudkan. Tambahan juga, Abdul Rahman (2003)
telah menerangkan bahawa kajian yang dijalankan terhadap badan ketenteraan
tidak dilakukan secara meluas dan ia telah menyebabkan tekanan pekerja semakin
tidak di ambil peduli manakala Zulkefli (2010) telah menyatakan bahawa
kekurangan kajian dalam aspek sumber manusia kurang diberi perhatian terhadap
TLDM telah menyebabkan ramai anggota terus membisu dalam memberikan kerjasama dan
pendapat. Anggota lebih cenderung untuk mengikuti sahaja arahan yang telah
diberikan oleh ketua mereka dan tidak berusaha untuk menunjukkan minat yang
mendalam di dalam sesuatu kerja yang telah diberikan.

 

Kekurangan kajian dan penemuan berhubung aspek kepimpinan
dan komitmen anggota TLDM menyebabkan aspek komunikasi diambil ringan ( take for granted) seolah-olah tidak
timbul sebarang masalah kepimpinan dan pengurusan di dalam TLDM. Masalah  yang dihadapi akan sedikit sebanyak boleh
menggugat keutuhan organisasi yang kuat serta boleh menghalang peningktan
pencapaian perlaksanaan tugas anggota TLDM. Ia boleh menghalang pelaksanaan
tugas anggota untuk menyumbang ke arah pencapaian matlamat, agenda, visi, misi,
strategi dan wawasan TLDM .  Malah ia
akan menjadi penghalang untuk Negara bagi menjadikan TLDM salah satu organisasi
yang menjadi teras kepada setiap inspirasi negara.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RUJUKAN

– Autry, J.A. (2001). The Servant Leader: How to Build a
Creative Team, Develop Great   Morale, and
Improve Bottom-line Performance, Prima Publishing, Roseville, CA.

– Eddy
R. E & Lorenzet S. J. (2004). The important of personal and professional leadership.       Journal of leadership and organization
development. 25(5), 435-451.

– Hersey
P,  (2008). Management of Organizational
Behavior. (9th ed.). Upper Saddle River, NJ:             Prentice
Hall.

– Humphries J (2003). Management through people: How to get the best from your most valuable resource. Grolier
Business Library. HongKong: Grolier.

– Ishak Mad Shah (2006). Kepimpinan
dan Hubungan Interpersonal dalam Organisasi. Pengenalan             Psikologi Industri & Organisasi (2002) dan Pengenalan Psikologi
Industri & Organisasi Jilid II (2004).utm skudai


Jamaliah (2002). Hubungan komunikasi pengurus-pengurus dengan kepuasan kerja
dan     komitmen pekerja: satu kajian di
Jabatan Perangkaan Malaysia. Tesis M.Sc. Universiti Utara Malaysia. 

– Lokman(2009). Amanah dalam Memimpin Organisasi dituntut
Islam.www.mutiaraislam online

– Muhammad
Fauzan Baihaqi (2010). Pengaruh gaya kepimpinan terhadap kepuasan kerja dan
komitmen organisasi sebagai variable
intervening. Master tesis.       Universitas
diponegoro semarang, Indonesia

– Syd Abd
Rahman(2009). Kepemimpinan dari perspektif islam: satu aplikasi pembangunan
belia kearah modal islam.  Bulletin
institute penyelidikan pembangunan belia Malaysia edisi2 2009.

– Wan Faridah, Noor Azmi & Ishak (2002).
Kepimpinan trasaksi/transformasi dan cirri kerja             professional teknologi maklumat sector awam Malaysia. Jurnal
Teknologi, 37(E) : 57–70.


Abdul Rahman bin Mukri (2003). Tahap tekanan kerja dan faktor penyebab tekanan
kerja      di kalangan penyelam TLDM di
pusat selam TLDM,Lumut.